Lebuhraya LPT jem, jalanraya Gua Musang pula tutup sebulan?! Ini laluan alternatif untuk perantau Kelantan.
Cara Mengelakan Kesesakan Lalu Lintas Ke Pantai Timur. Bagaimana memandu ke Pantai Timur melalui laluan alternatif bagi mengelakkan “jam”?
Berikut dikongsikan Laluan Alternatif Ke Pantai Timur untuk perjalanan ke Kelantan, Pahang dan Terengganu dari Kuala Lumpur dan Selatan tanahair.
Antara lain panduan cadangan laluan alternatif ini adalah untuk membantu pengguna jalanraya dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa balik kampung pada musim perayaan seperti Aididlfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina atau cuti panjang yang lain.
Laluan alternatif ini disediakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Malaysia (JKR). Panduan jalan alternatif ini mampu mengurangkan kesesakan jalanraya di lokasi -lokasi ke pantai timur. Kepada yang tidak biasa dengan laluan alternatif ini, sila rujuk peta laluan alternatif di bawah ini sebagai panduan dan rujukan.
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur
Senarai Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Balik Kampung Elak Kesesakan Lalu Lintas
Berikut dikongsikan senarai laluan alternatif beserta peta laluan untuk panduan perjalanan balik kampung di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Moga peta laluan ini membolehkan anda dalam mengelak kesesekan lalu lintas yang teruk semasa musim perayaan utama di Malaysia.
1. Jalan Alternatif 1 Di Jalan Persekutuan 8 (FT8)
Laluan alternatif pertama ini adalah untuk perjalanan dari Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dengan melalui Felda Mempaga, Pahang. Laluan alternatif ini bertujuan untuk mengelakan kesesakan lalu lintas di Bandar Bentong, Pahang,
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
Pengguna terus ke laluan Persekutuan 1498 selepas melalui Plaza Tol Bentong iaitu perjalanan dari KL ke Bentong. Pengguna akan melalui Kampung Chinta Manis dan Felda Mempaga Jaya
Seterusnya masuk ke Persimpangan kanan ke Laluan Persekutuan dan kemudian seterusnya masuk ke persimpangan Kampung Sg Ruan, Laluan C149 di sebelah kiri. Penguna kemudian seterusnya masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 dan terus menuju Kota Bharu
2. Jalan Alternatif 2 Di Jalan Persekutuan 8 (FT8)
Perjalanan dari Bentong ke Kota Bharu, Kelantan melalui Pekan Raub, Pahang. Laluan alternatif ini bertujuan dalam mengelakkan kesesakan di Pekan Raub, Pahang.
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
Pengguna dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 dan terus ke Bandar Raub, dan kemudian keluar ke kiri masuk ke Laluan C5 (Jalan Cheroh ke Batu Malim). Kemudian masuk ke persimpangan Jalan Cheroh ke Gesing melalui Laluan C158 di Seksyen 15. Dari Persimpangan Cheroh terus masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menghala terus ke Kota Bharu
atau pilihan alternatif
Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 dan terus ke Bandar Raub. Keluar ke kanan dan lalu dihadapan Bangunan Majlis Daerah Raub dan susur ke kiri untuk melalui Jalan Bukit Koman sehingga ke Bulatan Kecil di hadapan Hospital Raub. Kemudian Masuk ke kanan dan terus ke Jalan Taman Amalina Lestari dan kemudian terus ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu
3. Jalan Alternatif 3 Di Jalan Persekutuan 3 (FT3)
Dari Chukai Ke Kuala Terengganu melalui Kg Ibok, Terengganu. Laluan Alternatif ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandar Chukai, Terengganu.
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
Pengguna dari Kuantan melalui Laluan Persekutuan 3 dan kemudian keluar ke kanan melalui Laluan T126 ke Chukai. Susur ke kanan ke Laluan Persejukuan 237 di persimpanagn lampu isyarat dan kemudian susur ke kiri di persimpangan lampu isyarat ke 2 ke Laluan T131 menghala ke Zoo Mini.
Kemudian Masuk ke Laluan T13 di Kampung Ibok dan terus menuju ke laluan T6 di Kampung Bukit Anak Dara. Di persimpangan empat, susur ke kiri ke Laluan Persekutuan 145 menghala terus ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu.
4. Jalan Alternatif Ke Pantai Timur Di Jalan Persekutuan 8 (FT8)
Dari Gua Musang ke Kota Bharu melalui Kuala Krai. Laluan ke 4 alternatif ini bertujuan dalam mengelak kesesakan di Kuala Krai.
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
atau
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
Pengguna dari Gua Musang melalui Laluan Persekutuan 8. Keluar ke kanan melalui Laluan D225 di Kampung Sungai Peria. Dari Simpang Tiga Sungai Pahi, pengguna perlu susur ke kiri menuju ke Guchil. Kemudian masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke arah bandar Kota Bharu.
5. Laluan Alternatif Besut Ke Kota Bharu
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
6. Laluan Alternatif Dari Seremban Ke Karak Melalui Jelebu
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
7. Laluan Alternatif Ke Pantai Timur : Dari Jempol/ Kuala Pilah Ke Karak/ Temerloh Dan Muadzam
Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Dan Pahang
Semoga perkongsian Laluan Alternatif Ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang) bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang laluan ke Pantai Timur. Memandulah mengikut peraturan bagi mengelakkan disaman kerana memandu laju dan sebagainya.
BACA:
Rupanya Chazynash bukan calang-calang orang, ada kaitan dengan Sultan Perlis