Lebih ramai orang muda berdepan risiko muflis tahun depan, ini puncanya…

Lebih ramai orang muda berdepan risiko muflis tahun depan, ini puncanya…Angka muflis membabitkan golongan muda berusia 30 hingga 45 tahun diramal melonjak tahun depan apabila beberapa kemudahan dan bantuan kewangan seperti moratorium dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berakhir hujung tahun ini.

Paling dibimbangi, golongan muda yang sengsara itu akan mula mencari ah long untuk menampung kos sara hidup selepas tiada lagi bantuan kewangan itu.

Ketika ini, jumlah individu muflis dianggap masih terkawal kerana mereka yang berdepan masalah kewangan terselamat’ kerana dibantu’ tawaran moratorium bank dan KWSP.

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4pm), Rosland Mohd. Arif berkata, ramalan peningkatan angka muflis itu adalah berdasarkan kepada purata aduan 30 sehari diterimanya daripada individu yang berdepan masalah kewangan.

Menurut beliau, tahun depan, golongan muda berusia 30 hingga 45 tahun diramal lebih ramai akan muflis kerana kesan Covid-19 akan semakin terasa selepas berakhirnya moratorium dan skim i-Sinar.

“Aduan muflis ini diterima oleh kami dari seluruh negara. Jika sehari 30 kes, sebulan 900 aduan manakala setahun 10,800 aduan. Ini angka aduan yang diterima saya sahaja, belum campur pegawai-pegawai saya,” kata beliau ketika dihubungi.

Lebih

Baru-baru ini, akhbar ini memetik laporan Bank Dunia yang mendedahkan 60 peratus individu berusia 25 hingga 44 tahun di Malaysia diisytihar muflis disebabkan tabiat berbelanja yang melebihi pendapatan.

Malah, ancaman Covid-19 sejak dua tahun lalu turut memberi sumbangan ke arah jumlah kebankrapan melonjak drastik kerana mereka gagal membayar balik pinjaman bank.

Rosland berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dalam membantu individu-individu yang menghadapi masalah kewangan daripada muflis atau kumpulan tersebut mencari ah long untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Jika kerajaan perlu kerjasama, kami sudi menjadi wakil kerajaan dalam menyelesaikan masalah muflis dan hutang ini dengan bertindak sebagai perunding supaya mangsa tidak dianiaya oleh mana-mana pihak mahupun bank,” ujarnya.

Selain berhutang dengan bank, dedah Rosland, pihaknya juga ada menerima aduan mendakwa mereka berdepan ancaman dengan ah long selepas gagal membayar wang yang dipinjam.

“Saya dapat aduan yang kontrak pinjaman mereka tidak adil malah menekan peminjam apabila meletakkan faedah sehingga enam peratus sebulan. Ah long-ah long juga sering mengacau peminjam dan keluarga,” dedah beliau.

Senada dengan Roslan, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, peningkatan jumlah individu muflis adalah disebabkan faktor kehilangan pekerjaan dan moratorium yang tidak mengikut definisi sepatutnya.

“Saya cabar siapa-siapa sahaja yang berani mengatakan bahawa peratus muflis tahun depan tidak naik kerana saya 100 peratus yakin bahawa masalah itu akan menjadi lebih parah.

“Moratorium yang diberikan oleh kerajaan tidak bersifat membantu masyarakat, kita hanya dikecualikan untuk tidak membayar dalam beberapa bulan tetapi faedah masih berjalan. Ia seperti kita tangguh hari ini, kena sembelih kemudian,” kata beliau.

Menurut Jacob, jika kerajaan benar-benar mahu membantu, kerajaan wajib mengkaji semula moratorium yang diberikan dan `mengolah’ semula skim bantuan.

BACA JUGA : Panas !!! Dos penggalak mungkin jadi syarat lengkap vaksin – Khairy

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    obviously like your web-site but you have to test the spelling on quite a few of your posts. Many of them are rife with spelling issues and I in finding it very bothersome to tell the truth then again I will certainly come again again.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Lebih ramai orang muda berdepan risiko muflis tahun depan, ini puncanya… […]