Lebih 200 warga asing solat hari raya, pihak Polis mohon maaf

Lebih 200 warga asing solat hari raya, pihak Polis mohon maaf

Lebih 200 warga asing solat hari raya, pihak Polis mohon maaf. Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zai memohon maaf atas kegagalan mengesan ratusan warga asing melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar sebuah surau di Taman Pelangi, Juru.

Beliau menganggarkan kira-kira 200 warga asing menunaikan solat di luar surau itu, berdasarkan satu rakaman video yang tular.

“Dalam konteks hari ini, saya selaku Ketua Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan kami mengesan perkara ini lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan meminta semua pengerusi surau dan masjid, sekiranya ada lagi yang enggan mematuhi SOP, terutamanya dalam tiga hari ini, iaitu hari tasyrik, sila hubungi polis,” katanya dalam sidang media hari ini.

warga asing

Terdahulu, tular satu video memaparkan ratusan individu dipercayai warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan tempat letak kereta dan tepi jalan sebuah surau di Taman Pelangi kira-kira 8.30 pagi.

Shuhaily berkata, surau itu tidak melanggar SOP kerana ia dibenarkan mengerjakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha, terhad kepada 100 jemaah.

Sebelum solat sunat pagi tadi, katanya, pengurusan surau itu hanya membenarkan 100 jemaah masuk, manakala jemaah lain diminta pulang dan menutup pintu pagar.

Tetapi, katanya, pihak surau terpaksa akur dengan sensitivi, apabila jemaah yang tidak dibenarkan masuk, bertindak bersolat di luar surau dengan penjarakan fizikal.

“Tetapi, ketika itu pihak surau tidak menghubungi kami untuk mengawal keadaan.”

Shuhaily berkata, pihaknya sedang mengesan jemaah terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, kawasan itu mempunyai kira-kira 70% warga asing daripada 8,000 penduduk dan rakaman video itu jelas menunjukkan mereka ialah warga asing.

“Justeru, polis meminta penduduk sama-sama membantu mengesan mereka yang hadir dan kita akan cuba mengenal pasti mereka menerusi video yang tular itu.”

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/20/polis-p-pinang-mohon-maaf-gagal-kesan-himpunan-di-luar-surau/

Jika Terlepas: Lelaki tular tak pakai fasemask akhirnya dicekup Polis di pagi raya