Lebih 1000 pelajar sekolah dijangkiti Covid-19 dalam gelombang ketiga

Lebih 1000 pelajar sekolah dijangkiti Covid-19 dalam gelombang ketiga

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara bulan lalu, lebih 1,000 kes positif membabitkan pelajar direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya untuk kumpulan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun sebanyak 587 kes dikesan setakat ini, manakala yang berusia 13 hingga 18 tahun, 670 kes direkodkan.

Katanya jumlah itu dicatatkan sejak 20 Sept sehingga semalam.

Menyatakan hal itu dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini Noor Hisham berkata sejak wabak Covid-19 dikesan pada Feb lalu pula, sebanyak 830 kes dikesan membabitkan kanak-kanak dalam kumpulan usia tujuh hingga 12 tahun.

Untuk kumpulan usia 13 hingga 18 tahun – bagi tempoh sama – sebanyak 1,315 kes direkodkan.

Tambah Noor Hisham, setakat ini sebanyak 12 sekolah terjejas dengan wabak Covid-19.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547679

COMMENTS