Lawan Pas tak dosa, yang dosanya lawan Islam.. Pas bukan agama !!!

Lawan Pas tak dosa, yang dosanya lawan Islam.. Pas bukan agama !!!

Tahun 1998 datang menziarahi Yaman oleh Tghh… Masa tu saya dan anak-anaknya ada di sana…

Saya dan kawan rapat saya bawa Tghh bertemu dengan muraqib Ikhwan Muslimin yaman yg bernama Syeikh Yasin Abdul Aziz di rumahnya….

Masa tu saudara Anwar Ibrahim baru dua tiga hari sahaja rasanya di pecat oleh Tun Mahathir Mohamad…..

Apabila kami bertiga bertemu dengan syeikh….. Sedang menjadi tetamu syeikh.. Syeikh jamu kami makan limau mlm tu… Tak silap mlm tu lepas Isyak….. Dlm dlm uduk makan limau tu mula lah sembang syeikh dengan Tghh bab bab islam dan politik selepas tanya kabo lah…..
Saya dengan kawan tu dengar je lah….

Antaranya…….

Syeikh bertubi tubi tanya pasal Anwar dan keadaan Anwar…..
Kerana Anwar baru di pecat dan isunya tengah panas ketik ketik lah….
Tghh pun jawablah soalan soalan syeikh yasin Abdul aziz tu….

Syeikh Yasin dan Ikhwan Muslimin mmg boleh terima fikrah islam saudara Anwar…
Kerana Anwar ni mcm fikrah islam wasatiah mcm Erdogan jugak….

Dah syeikh yusuf al-qaradawi pun ada hubungan baik dengan Anwar dan syeikh al-ghunusi Tunisia pun baik dengan Anwar….
Saya tak tahu kahle masa tu bab bab gitu…..

Syeikh mungkin tak tahu kami bertiga ni mmg tak suka dan anti lg ke Anwar ibrahim masa tu…..

Kesnya apabila Anwar masuk umno awal tahun 80an dulu lah….

Kami faham saudara anwar dah jadi sekular, lawan islam, musuh islam, masuk tong tahit dll….

Saya khususnya tak reti kaedah Nabi yusuf As masuk kerajaan bukan islam di mesir di zaman itu….

Tak faham lg kaedah islam jugak baiki dari dalam kerajaan klu ada ruang…….

Seolah-olah saya tahu satu kaedah je masa itu… Kaedah lawan….

*Sedang islam itu luas dan cara politik byk……. Barang ijtihad semasa….. *

Masa tu Allahyarham ustaz Fadzil Noor masih baik dengan Anwar secara senyap senyap… Mungkin ustaz fadzil Noor dah terbuka lama dah fikrah

Dan mmg ustaz fadzil Noor antara pemimpin pas yg awal menerima saudara Anwar dan akhirnya buat tahaluf siyasi pkr……..

Pemimpin pas ganu masa tu mmg mcm tak boleh terima lg… Saya pun belum faham fikrah islam terbuka lg masa tu…

*Saya tengah fanatik taasub kepartian yg sangat tebal….Masa aku pas je islam… Orang lain kawan kawan aku pun gitu jugak…. *
Tak yah nak tipu lah hhhhhh….

Pada tahun 1998 tu baru saya mula baca buku-buku ulama dunia…..

Seperti buku-buku syeikh yusuf al-qaradawi hfz…
Buku-buku imam hasan al-banna rh….
Seperti buku-buku syeikh Abdul karim zaidan rh..
Seperti buku-buku syeikh Mustafa masyhur muraqib ikhwanul Muslimin…
Buku-buku syeikh Abdul Majid zandani….
Buku-buku syeikh Sa’id Ramadhan syria…

Cuma mengenali tokoh-tokoh terkenal dan fikrah mereka…
Mereka seperti syeikh al bani…
Seperti syeikh usaimin rh dll….
Usaha memahami apa itu salaf dan khalaf…
Apa itu asya’irah dan maturidiyyah…..
Cuba mengenali fikrah ikhwanul Muslimin….
Fikrah tabligh,abim, irc dll……

*Akhirnya tahun 2000 aku pun faham islam adalah islam…. Fikrah islam mesti luas…. Orang orang umno bukan musuh islam… *

*Mereka saudara saudara kita…. Begitu jugalah jama’ah tabligh,abim, irc dll…… Masa sebelum tu aku baloh dengan mereka… *

Klu buat baik pun dlm hati tetap kata, mereka salah dan tak berapa islam… Mereka wajib masuk pas… Bukan barang lah bab hukum masuk pas ni…..

Alhamdulillah makin hari maki aku faham….
Akhirnya dlm tahu 2005 gitu aku di tuduh umno…. ..
Aku di tuduh lawan pas… Lawan Tghh….

Masa tu aku jawab kadar untuk orang kampung…
Nak wi mudah faham lah….

*Aku kata lawan Tghh bab pandangan politik atau feqah tak dosa.. Dia bukan Nabi…. Lawan Nabi baru dosa…Lawan pas tak dosa… Yg Dosanya lawan islam… Pas bukan agama…. *

Ukhuwwah islamiyyah adalah wajib dengan Tghh dan dengan siapa pun…. Hanya berbeza pandangan….
Alhamdulillah selesai masalah….

Moga-moga Allah swt maaf kita semua dan sayang kita semua….

Amin Amin Amin…

Ust Zuliadin Abdullah
Mantan Imam 2 Masjid Rusila
Via FB