Latif terima ganjaran RM2 juta

Latif terima ganjaran RM2 juta.Ketika kontinjen negara membawa pulang tiga emas dan satu gangsa di Rio 2016, seluruh rakyat Malaysia mula bercakap tentang sukan paralimpik serta atlet para negara.

Bagaimanapun kejayaan memenangi tiga emas dan dua perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bakal merubah struktur pembangunan dan landskap sukan para negara.

Lima tahun lalu, semua pingat negara disumbangkan olahraga, namun kini powerlifting, badminton dan boccia turut berjaya membutirkan pingat.

Bonnie Bunyau Gustin
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga Ketua Kontinjen Negara (CDM) di Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, program pembangunan akan mengalami perubahan dengan fokus tidak hanya terarah kepada olahraga.

Persatuan-persatuan sukan bakal digerakkan dengan lebih agresif mencari bakat-bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan untuk diserap dalam program kebangsaan.

Latif
Semalam, tirai temasya ditutup secara rasmi dan obor dipadamkan. China mengekalkan status sebagai gergasi dunia apabila muncul juara keseluruhan dengan 96 emas, jauh meninggalkan Great Britain di tangga kedua (38) dan Amerika Syarikat ketiga (37).

Temasya Tokyo meninggalkan kenangan pahit dan manis buat Malaysia, namun apa yang lebih penting ia bakal menjadikan atlet para negara lebih kuat, sekali gus bersedia untuk bertarung dengan lebih garang di Paris 2024.

Menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), RM3.6 juta akan dibayar kepada lima atlet yang memenangi pingat.

Abdul Latif Romly (olahraga), Cheah Liek Hou (badminton) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) akan menerima RM1 juta selaku pemenang emas, manakala Jong Yee Khie (powerlifting) serta Chew Wei Lun (boccia) meraih RM300,000.

Mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas meraih RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Paling mencuri tumpuan adalah Abdul Latif yang muncul atlet pertama meraih habuan RM2 juta selepas meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.

Berita Penuh : https://utusan.news/sukan/2021/09/latif-atlet-pertama-raih-ganjaran-rm2-juta/

BACA: Ismail Sabri seperti memberi kepercayaan kepada tikus untuk baiki labu