Wartawan Malaysiakini Kow Gah Chie telah menjadi sasaran di Facebook berhubung berita yang ditulisnya berkenaan kenyataan Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan pembalakan di Kelantan.
Hantaran Facebook yang diterbitkan pada Khamis lalu itu bertujuan menunjukkan berita tersebut adalah rekaan kerana ia tidak ditanya ketika sidang media Tuan Ibrahim – diadakan sehari sebelumnya – yang turut disiarkan secara atas talian.
Berita itu ditulis daripada ‘doorstep‘ – iaitu apabila wartawan, termasuk daripada Malaysiakini, bercakap dengan menteri selepas sidang media selesai.
Hantaran Facebook itu, yang mengandungi serangan peribadi terhadap Kow, turut membangkitkan dia sebelum ini bertugas untuk meja berita Bahasa Cina.
Setakat ini, hantaran itu telah dikongsi lebih 2,900 kali dan memiliki lebih 2,200 komen.Kebanyakan komen bernada perkauman, dengan ada yang memanggil wartawan Malaysiakini sebagai “babi”.
Malah ada yang menyatakan dia patut diancam secara fizikal, atau diludah.
Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/514718
