Lapor kes projek RM1 Bilion babit MB Kedah, Indrani dakwa dihubungi ‘pegawai SB’

Seorang ahli PKR yang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kes pemberian projek pelancongan bernilai berbilion ringgit di Langkawi berkata, beliau dihubungi seorang lelaki yang mendakwa pegawai Cawangan Khas (SB).

Ahli PKR Sungai Siput, Indrani Selvakumar berkata, lelaki itu mahu menemuinya pagi tadi supaya beliau menunjukkan dokumen yang dimilikinya sebelum membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Dia menelefon kira-kira 10.30 malam tadi menyatakan namanya dan cawangannya.

kes

Seorang ahli PKR mendakwa projek berkaitan pelancongan bernilai ‘berbilion ringgit’ di Langkawi yang diberikan kepada sebuah syarikat dengan tokoh utamanya seorang muflis. 

“Dia meminta saya menemuinya hari ini pada 8.30 pagi untuk menunjukkan bukti (dakwaan) itu kepadanya dan berkata dia akan putuskan jika saya patut ke SPRM,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun Indrani berkata, beliau memutuskan untuk tidak menghiraukan panggilan itu dan terus ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi untuk membuat laporan terhadap Sanusi.

“Saya turut menyerahkan semua bukti dan dokumen kepada SPRM. Mereka kata akan menghubungi saya.”

Beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung percubaan lelaki itu untuk menemuinya sebelum ke SPRM.

“Dia bertanya tentang suami saya dan apa pekerjaannya, serta jika beliau juga terlibat dalam politik,” kata Indrani sambil menambah beliau memaklumkan suaminya tidak terbabit dalam politik.

“Saya juga terkejut ketika dia meminta saya memberikan nama orang yang menyerahkan dokumen membabitkan Sanusi kepada saya.”

Katanya, beliau menerima dokumen itu 9 Ogos lalu menerusi surat biasa yang tidak disertakan identiti pengirim.

Semalam, Indrani membuat laporan polis di Puchong dengan mendakwa tokoh utama dalam syarikat yang mendapat projek berkaitan pelancongan bernilai berbilion ringgit itu ialah individu muflis sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, ia berdasarkan pencariannya dengan Jabatan Insolvensi.

Beliau mempersoalkan bagaimana sebuah projek berbilion ringgit diberikan kepada syarikat yang tokoh utamanya sudah diisytiharkan muflis.

Katanya, individu terbabit pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memanipulasi pasaran.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/12/pegawai-sb-hubungi-saya-untuk-bukti-projek-pelancongan-langkawi-kata-ahli-pkr/

BACA JUGA : Panas !!! Salahguna kuasa projek RM1 Bilion, laporan SPRM dibuat terhadap MB Kedah