Lantikan politik seperti sebelum PRU14 kembali menjadi amalan

Lantikan politik seperti sebelum PRU14 kembali menjadi amalan

Akhir-akhir ini kita melihat lantikan orang politik di dalam syarikat-syarikat kerajaan dan GLC telah kembali diamalkan, sama seperti amalan sebelum PRU 14. Rasanya kita tidak kesah jika orang politik itu memang layak ataupun jika yang dilantik itu adalah lebih berkelayakan berbanding pemegang jawatan sekarang. Contohnya jika Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik menjadi Pengerusi TNB, kita mungkin boleh kata dia layak memandangkan corporate career beliau yang cemerlang, tetapi tidak demikian jika Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad.

Cuba kita buat sedikit perbandingan lantikan yang dibuat setakat ini. Perkeso telah melantik Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah sebagai Pengerusi baru menggantikan Zakri Khir. Tidak banyak yg diketahui tentang pengalaman korporat Mohd Fasiah, sementara Zakri Khir adalah CEO Allianz Malaysia Berhad (anak Malaysia pertama dilantik ke jawatan ini oleh Allianz) dan berpengalaman lebih 30 tahun dlm bidang insurance dan portfolio management.

Di HRDF pula, Dato’ Nelson Renganathan seorang pemimpin MIC pula telah dilantik menggantikan Datuk Noor Farida, seorang bekas hakim dan duta, dan sekarang adalah seorang ahli Permanent Court of Arbitration di The Hague. Bank Rakyat pula telah menamatkan khidmat Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi. Kita lihat siapakah yang akan dilantik menggantikan beliau yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Asset Management Sdn Bhd. Semua yang ditamatkan perkhidmatan adalah merupakan teknokrat yang cemerlang dalam bidang masing2 dan mampu memberikan sumbangan kepada organisasi yang diterajui mereka.

Seorang ulama’ ada berkata ‘من اراد الترقي فليصاحب الاخيار’ (sesiapa yang inginkan progress/advancement, hendaklah dia bersahabat dengan orang yg oustanding).

Adakah kita memilih kemajuan dan kecemerlangan dalam kerja buat, atau adakah kita boleh bertolak ansur dengan mediocrity?

Sumber :