Langkah Tangani COVID-19, Sabah Mungkin Tambah Tempoh Cuti Sekolah – Shafie Apdal

Langkah Tangani COVID-19, Sabah Mungkin Tambah Tempoh Cuti Sekolah – Shafie Apdal

Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu sebagai mengambil kira penularan di lokasi berisiko tinggi.”

Kerajaan Negeri Sabah pertimbang kemungkinan untuk memanjangkan cuti persekolahan waktu ini bagi menangani penularan COVID-19 di lokasi yang tinggi risikonya

“Saya juga memohon orang ramai untuk menghadkan pergerakan mereka dan bagi sektor swasta juga, kita galakkan supaya pekerja mereka bekerja dari rumah sekiranya boleh,” katanya.

Untuk rekod, musim cuti persekolahan di seluruh Sabah akan bermula selama seminggu pada Isnin ini (esok). Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya pada Ahad.

Berita Penuh : https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-sabah-pertimbang-lanjutkan-tempoh-cuti-sekolah-233781