“Langit Kembali Cerah” – Zahid Hamidi

“Langit Kembali Cerah” – Zahid Hamidi

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru menandakan “awan gelap” sudah berlalu.

Bercakap kepada pemberita di luar Istana Negara selepas Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kelapan, Zahid mengesahkan komitmen BN untuk membantu dan menyokong dasar perdana menteri baru itu.

“Episod awan hitam sudah berlalu dan langit kembali cerah.

“Kita akan membantu sedaya upaya bagi memastikan rakyat sentiasa diutamakan, dan dibela semula. Bantuan terhadap rakyat harus dikembalikan semula,” katanya ketika ditemui pemberita di pintu masuk 2 Istana Negara.