Laman FB KKM diserang netizen, kompaun menteri dianggap berat sebelah

Laman FB KKM diserang netizen, kompaun menteri dianggap berat sebelah

Pengguna media sosial menyerang laman Facebook Kementerian Kesihatan hari ini, atas apa yang mereka anggap sebagai hukuman tidak adil bagi menteri Kabinet yang melanggar perintah kuarantin.

Sebelumnya, KKM mengeluarkan kenyataan bahawa menteri industri perladangan dan komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari, mengikut prosedur operasi standard kementerian.

Ini berlaku setelah beberapa hari tekanan masyarakat, berikutan pendedahan oleh Teresa Kok, bahawa menteri tersebut gagal melaksanakan kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun kenyataan KKM tidak menggembirakan pengguna media sosial yang dengan pantas mengutuk sikap berat sebelah dalam cara pihak berkuasa menghukum setiap orang kerana melanggar SOP Covid-19, berbanding penggubal undang-undang dan golongan elit.

“Maaf, saya telah kehilangan kepercayaan terhadap KKM, semua prosedur yang dikeluarkan, bagi saya, hanyalah hiasan muka depan,” kata seorang pengguna Facebook, Muhammad Anis Daud.

Berita penuh : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/08/22/moh-facebook-under-fire-after-pas-minister-khairuddin-fined-only-rm1000-for/1896184