Lagi 42 peniaga di Johor kena kompaun….

Lagi 42 peniaga di Johor kena kompaun….

Seramai 42 peniaga di negeri ini dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, kesalahan tertinggi sebanyak 33 kes membabitkan tiada tanda harga diikuti dengan sembilan kes menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Katanya, KPDNHEP Johor telah melakukan 1,201 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 25 pemeriksaan di peringkat pemborong sejak pelaksanaan SHMMP dari 21 April lalu hingga kini.

“Peniaga-peniaga diminta mematuhi segala undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati peniaga melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” katanya selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan sempena SHMMP di Pasar Awam Larkin pada Khamis.

Menurut Mohd Hairul, hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap kira-kira 150 peniaga terdiri daripada penjual ayam, ikan dan daging, mendapati mereka mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan di bawah SHMMP.

Seramai 15 anggota penguat kuasa KPDNHEP cawangan Johor Bahru terlibat dalam pemeriksaan yang diadakan di pasar berkenaan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136106/EDISI/42-peniaga-di-Johor-dikompaun