KWSP diminta beri kebenaran untuk ahli tidak aktif keluar duit

KWSP diminta beri kebenaran untuk ahli tidak aktif keluar duit. UNTUK pengetahuan kerajaan, ada golongan rakyat yang pada asalnya bekerja makan gaji dan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh tertentu seperti 10 atau atau 20 tahun. Kemudian mereka berhenti kerja sebelum mencapai usia 55 tahun disebabkan oleh beberapa faktor seperti diberhentikan kerja oleh majikan, memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan sebagainya.

Mungkin ketika ini, golongan tersebut memilih untuk bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak kurang berbanding ketika makan gaji.

Dengan tuntutan perbelanjaan keluarga masih tinggi, antaranya kerana anak-anak masih lagi belajar di peringkat menengah atau di institusi pengajian tinggi (IPT) atau menghadapi masalah kesihatan, sudah pasti ia memberi bebanan kepada golongan ini.

Baca Artikel Penuh