KWSP : Bayaran Pengeluaran Khas RM10 ribu dipercepatkan

Menteri Kewangan dalam satu kenyataan di laman Facebook mengumumkan tarikh pengeluaran khas RM10 ribu KWSP dipercepatkan kepada 18 April 2022 dan bukannya 20 April seperti diumum sebelum ini.

Sebahagian pengguna media sosial berkongsi status gembira selepas permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan.

Beberapa pemilik Facebook mula berkongsi status ‘hijau’ bahawa permohonan mereka diluluskan.

Seorang pengguna media sosial dengan nama Ayeen Zahana bersyukur permohonan yang dibuat pada 31 Mac jam 10 malam diluluskan.

“Alhamdulillah, saya pun dah hijau. Saya mohon pukul 10 malam, 31 Mac,” tulisnya di media sosial itu.

Posting terkini Menteri Kewangan itu adalah seperti berikut :

kwsp pengeluaran khas rm10 ribu

Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.

 

BACA JUGA :

Kucing suka makan rumput, rupanya ini sebabnya..

Fasha Sandha jadi perampas hak orang pula?

Ibu bapa arwah mangsa basikal lajak perlu diheret ke mahkamah, kata peguam