Semalam menonton Awani bual bicara bersama Ketua Pengarah KASTAM, Agak menarik bila mana bagi tahun 2019.. Kutipan cukai dari SST dan cukai tidak langsung oleh Kastam meningkat lebih RM 1 Billion kepada RM 42 Billion melebihi sasaran dan unjuran yang ditetapkan Kerajaan sebanyak RM 41 Billion..
Kutipan ini mengatasi kutipan bagi tahun 2018, walaupun cukai GST dimansuhkan.. kalau diikutkan bila kerajaan tidak melaksanakan GST, kita bakal kehilangan lebih RM 20 Billion hasil.. Ini buktinya bila tata urus kewangan itu baik.. Perlaksanaan GST bukan lah alasan untuk kerajaan menambah hasil negara… bagi aku ini satu permulaan yang baik…
Hatta ketika kutipan GST sebelum ini pun, hasil yg dimumkan regim Najib itu tidak boleh dianggap sebagai hasil mutlak kerajaan bilamana PH mengambil alih kerajaan..bayaran pulangan hasil telah digunakan Kerajaan sebagai satu bentuk hasil…dan akhirnya bayaran “refund GST” itu tertangguh..
bagi aku ini antara bukti pengurusan kewangan Negara hari ini baik biarpun setakat ini pengurusan program ekonomi masih lemah.. dan ini dapat fahami bila Kerajaan masih dalam proses pengstrukturan semula hutang dan ekonomi… Hakikatnya Pengursan kewangan negara hari ini cemerlang…
Tahun ini kerajaan bakal memperkenalkan beberapa cukai baru yang aku anggap baik dan progresif..Antaranya Cukai Digital bagi penyedia content seperti Google Play, Streaming Video berbayar sepert Iflix, Service pengiklanan Digital seperti FB Ads.. banyak dari syarikat2 ini selama ini mengaut keuntungan dan manfaat dari negara kita tetapi tak dikenakan cukai..InsyaAllah segala hasil ini.. akhirnya ia akan kembali kepada rakyat di masa yang akan datang…
Jadi tak tak perlu pertikai kerajaan beli Vellfire atau Honda Accord sekali pun… Ia hanya 00.05% dari peningkatan hasil Cukai Kerajaan sebanyak RM 1 billion… Itu pun dikira aset Kerajaan..bukan depa ambil hak rakyat..
Yang patut pertikai. Negeri yang takda hasil..bergantung pada hasil royalty dan wang Ehsan,terpaksa meminjam untuk membayar gaji kakitangan awam.. tetapi melancong sana sini.. Bermewah ganti kereta Merc yang berharga Setengah Juta ringgit…. 🙂
Ipohmali aka Ahmad Muslim Badawi Badawi