Kumpulan pertama MP BN ke Istana ‘diketuai’ Najib

Kumpulan pertama MP BN ke Istana ‘diketuai’ Najib

Kumpulan pertama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.

Dalam perkongsian di Facebook BN, mereka yang tiba menggunakan bas melalui Pintu 2 Istana Negara itu berlepas dari Menara Dato’ Onn.

Kumpulan

Turut yang kelihatan ialah Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dijangka Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap sekitar pukul 2 petang nanti.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/najib-ketuai-kumpulan-pertama-ahli-parlimen-bn-ke-istana-negara-naiki-bas/?

Baca Juga : Panas !!! Asyraf umum tolak sebarang jawatan dalam kerajaan baharu jika ditawar