Kuku tangan boleh tentukan seseorang positif covid-19

Kuku tangan boleh tentukan seseorang positif covid-19.

Satu kajian baharu mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku tangan seseorang, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Menurut ciapan Twitter seorang pakar, Profesor Tim Spector pada Mei lalu, terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan yang boleh menunjukkan sama ada seseorang itu berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak.

Kini, terdapat pendapat beberapa pakar kesihatan lain yang mendakwa jika kuku tangan kelihatan pelik atau mempunyai garis putih melintang yang ketara, ia mungkin petanda mereka dijangkiti Covid-19.

Kuku

“Tiada bukti sahih mengenai kaitan kewujudan garisan yang dikenali sebagai ‘Mees Lines’ ini dengan petanda badan dijangkiti virus berbahaya.

“Namun, beberapa pesakit Covid-19 dikesan memilikinya selepas mendapat jangkitan wabak ini,” jelas sekumpulan pakar itu.

Sementara itu, Presiden Dermatologi Britain, Dr. Tanya Bleiker menjelaskan bahawa antara kesan ketara Covid Nails adalah garisan di kuku sekitar 5 millimeter serta pembentukan garisan seperti bulan sabit berwarna merah dan oren adalah yang sering dialami pesakit di Eropah.

Tanda terakhir adalah kuku tercabut tanpa sebarang kesakitan atau bengkak awal.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/18/kesan-covid-19-menerusi-perubahan-pada-kuku-tangan/

BACA JUGA : SD sudah ditangan Agong, serah kebijaksanaan baginda