Krisis politik Melaka : Khamis ini baru boleh menghadap TYT

Krisis politik Melaka : Khamis ini baru boleh menghadap TYT.Tiada sebarang kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam boleh dilakukan oleh mana-mana wakil parti politik hingga Khamis ini.

Setiausaha Khas Yang di-Pertua Negeri Melaka Nur Azmi Ahmad berkata ini kerana Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Sept lepas selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 dan tempoh kuarantin itu berakhir pada hari tersebut.

“Untuk kunjungan hormat, keputusan bergantung kepada Tun (Mohd Ali) pada hari beliau masuk pejabat semula.

“Jika beliau masuk pejabat Jumaat ini, mungkin beliau akan bagi keputusan untuk berjumpa atau tidak hari itu. Semua bergantung kepada keputusan beliau,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Khamis

Nur Azmi turut mengesahkan menerima surat permohonan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali daripada Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari semalam bagi membincangkan senario politik semasa Melaka.

Semalam, empat ahli dewan undangan negeri (Adun) mengumumkan mereka hilang kepercayaan, sekali gus menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Perkembangan ini secara teknikal menyaksikan kerajaan Melaka tumbang.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi BN, Bersatu (2), DAP (7), PKR (2), Amanah (2) dan bebas (1).

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594093

BACA: Melaka bakal jadi medan uji pertembungan Umno dan Bersatu

COMMENTS

Wordpress (0)