Krisis MB Terengganu : Kalau betul ianya masalah dalaman Pas, kami tak terlibat, kata Umno

Krisis MB Terengganu : Kalau betul ianya masalah dalaman Pas, kami tak terlibat, kata Umno

Umno Terengganu menafikan mereka terlibat dalam apa yang dinamakan sebagai masalah yang dihadapi oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sekarang.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, Umno tidak terlibat langsung dengan pergolakan ini jika ianya merupakan satu perkara benar.

“Apatah lagi sekiranya perkara ini hanya lah satu provokasi politik semata-mata,” kata beliau.

“Jika isu ini benar, ia adalah semata-mata perkara dalam rumah tangga Pas Terengganu sendiri yang tiada kaitan dengan Umno sama sekali,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Pergerakan Pemuda Umno Terengganu juga menafikan mereka terlibat dalam apa yang berlaku, kata ketuanya Tengku Haphiz Tengku Putera.

“Pergerakan Pemuda Umno turut merasakan kecamukan politik dalaman Pas Terengganu tidak sepatutnya menggangu urustadbir negeri terutama di dalam waktu rakyat bertungkus lumus menghadapi pandemik Covid 19 dan kerumitan sara hidup.

Artikel Berkaitanhttps://www.inforakyat.net/gempar-tular-surat-berkanun-adun-terengganu-hilang-kepercayaan-kepada-mb/

“Seharusnya kepemimpinan negeri perlu diberi ruang untuk fokus menambah baik strategi pevaksinisasian rakyat Terengganu kerana suasana setempat kes covid19 masih belum reda dan ditahap membimbangkan,” kata beliau dalam kenyataan berasingan.

Rakyat juga, katanya, tidak perlu diheret dengan isu politik di waktu ini dan kerajaan perlu bekerjasama sebagai sebuah pasukan serta bertungkus lumus mencari kaedah luar biasa untuk tingkatkan bantuan kewangan kepada rakyat Terengganu.

“Kami percaya, dengan tema negeri Maju, Berkat dan Sejahtera perlu direalisasikan dan dirasai rakyat kini terutama dalam menghadapi pelbagai krisis kesihatan dan ekonomi sekarang.

“Jangan biarkan negeri kita tergadai dek kocakan halus yang pasti tidak mampu menjadi ombak,” kata beliau.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada MB Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung dengan laporan polis tentang berita Malaysia Dateline tentang borang akujanji berkanun yang kini tersebar.

Beliau mendakwa, berita itu adalah fitnah semata-mata.

Pagi tadi, portal berita The Malaysian Insight melaporkan Samsuri mempunyai masalah dengan Istana Terengganu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dikatakan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu itu. Namun Amzad menafikan perkara ini.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/umno-nafi-terlibat-dalam-isu-mb-terengganu/