KPWKM sedia bantu keluarga Siti Sarah – Menteri

sedia

KPWKM sedia bantu keluarga Siti Sarah .Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) sedia membantu anak-anak penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan membantu mereka sekiranya suami Allahyarham, Shamira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib memerlukannya.

“Bantuan itu tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi dari segi emosi juga.

“Insya-Allah sekiranya diperlukan, kita sedia membantu anak-anak Allahyarhamah Sarah dan Shuib,” katanya selepas menziarahi keluarga Intan Iewanina di Flat Sri Perantau, di sini hari ini.

 sedia

Semalam, negara dikejutkan dengan kematian Siti Sarah, 37, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 5.13 pagi seperti dimaklumkan suami, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 4 hari selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Rina menzahirkan ucapan takziah kepada Shuib sekeluarga atas pemergian Siti Sarah sambil berharap keluarganya tabah menghadapi dugaan ketika ini.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/kpwkm-sedia-membantu-keluarga-arwah-siti-sarah/

BACA: ‘Penunggang Agama’ : Itulah wajah sebenar mereka