KPN : Siasatan kes kuil selesai

Kertas siasatan berhubung kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 Nov lepas, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata kertas siasatan berkenaan diserahkan pada Isnin lepas dan polis kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada DPP berhubung kes ini.

“Kertas siasatan yang dihantar kepada DPP ini merangkumi siasatan kes rusuhan di kuil berkenaan termasuklah kes kematian anggota bomba Muhammad Adib.

“Siasatan kes masih diteruskan dan kami bertungkus-lumus memastikan siasatan kes berkenaan dapat dilengkapkan dengan segera serta mereka yang bertanggungjawan di bawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media selepas hadir masjlis raikan cinta raja sehari warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Muamalat di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai laporan penuh berhubung bedah siasat Muhammad Adib, Mohamad Fuzi berkata laporan berkenaan masih belum lengkap.