KPN sahkan khabar angin Menteri KDN arah tangguh pertukaran pegawai kanan Polis

KPN sahkan khabar angin Menteri KDN arah tangguh pertukaran pegawai kanan Polis

Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan terdapat arahan penangguhan pertukaran pegawai-pegawai kanan seperti yang tular di media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Negara berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada saat-saat akhir membabitkan pertukaran jawatan Ketua Polis.

Susulan itu, Abdul Hamid berkata beliau akan berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara tersebut.

Katanya, sebagai Ketua Polis Negara, beliau mempunyai kuasa untuk mengawal selia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sepatutnya (arahan tersebut) dilaksanakan oleh saya sebagai Ketua Polis Negara dan undang-undang menyatakan bahawa saya (mempunyai kuasa) untuk mengawal selia PDRM ialah tanggungjawab saya.

“Saya telahpun mengeluarkan arahan pertukaran pegawai untuk kebaikan semua.

“Tidak ada apa-apa yang luar biasa tetapi pada saat akhir. Saya bercuti, saat akhir tiba-tiba dapat arahan menyatakan ia hendaklah ditangguhkan.

“Jadi saya akan berjumpa dengan beliau dan akan memberikan penjelasan kenapa ia perlu diteruskan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpn-sahkan-wujud-arahan-tangguh-pertukaran-pegawai-292654