Korban Covid-19 tidak mengenal usia, Lelaki 27 tahun antara mangsa hari ini

Seorang lelaki di Melaka berusia 27 tahun dan mempunyai menjadi latar belakang penyakit kencing manis, antara 61 mangsa yang maut akibat COVID-19, di negara hari ini.

Selain itu, antara mangsa termuda lain adalah seorang lelaki berusia 34 tahun yang meninggal di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan dan tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 16 kes diikuti Johor (11), Melaka, Pulau Pinang (enam), Kuala Lumpur (lima) dan Kedah (empat).

“Tiga kematian masing-masing di negeri Sarawak, Negeri Sembilan dan Pahang manakala dua kes di Terengganu serta satu kes di Perak dan Labuan,” katanya.

“Semua mangsa membabitkan rakyat tempatan dan ia menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 2,309 kes.

“Kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 711 individu manakala 369 lagi adalah pesakit intubasi.

“Jumlah pesakit yang sembuh semalam adalah sebanyak 3,452 orang,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820297/lelaki-27-tahun-antara-mangsa-covid-19-hari-ini

COMMENTS

Wordpress (0)