Kontroversi Ebit Lew, rakan baik akhirnya buka mulut beri nasihat

Kontroversi Ebit Lew, rakan baik akhirnya buka mulut beri nasihat.Kontroversi melanda Ebit Lew sejak akhir-akhir ini membuatkan seorang sahabat karib kepada penceramah terkenal itu tampil menitipkan pesanan kepada beliau sekali gus menjawab persoalan yang ditanyakan orang ramai kepada wanita berkenaan.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Noor Laila Aniza Zakaria, pemilik akaun itu menjelaskan sudah lama berkawan baik dengan Ebit malah banyak artikel ditulis mengenai kebaikan penceramah itu tular di laman media sosial.

“Buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew, seandainya apa dikatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkan kamu daripada segala kesulitan hidup dan kesakitan yang kau tanggung sehingga melakukan kerosakan sebegini besar, ketahuilah ia kerosakkan yang besar.

Kontroversi

“Pasti ada ubat dan penawar, ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat, terlalu ramai ingin menolong kamu, sangat ramai,” tulisnya.

Katanya kepada Ebit Lew, setiap tipu daya juga tidak boleh ditutup dengan tipu daya.

“Adalah satu kemuliaan untuk memohon maaf, berhenti melakukannya dan mengawasi dirimu dengan sehabis baik selain duduk berdamping bersama dan belajar bersama guru yang alim.

“Sekiranya ia merupakan fitnah kepadamu, semoga Allah memberi ganjaran dengan sebanyak kebaikan yang tidak terhitung,” jelasnya yang bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik.

Beliau turut memberi pesan kepada orang ramai yang tidak mengetahui kebenaran kisah itu agar tidak menyokong serta mengeji.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/03/sahabat-baik-titip-pesan-buat-ebit-lew/

BACA: Parti LDP tak diterima sertai PN – Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Kontroversi Ebit Lew, rakan baik akhirnya buka mulut beri nasihat […]