Kontrak Ketua pesuruhjaya SPRM ‘extend’ lagi setahun

Kontrak Ketua pesuruhjaya SPRM ‘extend’ lagi setahun.

Tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutkan selama setahun.

Kontrak Azam sepatutnya tamat pada 12 Mei. Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong mengizinkan pelanjutan itu.

Kontrak Ketua pesuruhjaya SPRM 'extend' lagi setahun

Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat bulan lepas berkata beliau tidak memilih untuk menukar Azam supaya tidak timbul persepsi perdana menteri baharu akan melantik ketua SPRM baharu.

Beliau berkata keputusan itu juga mengambil kira kedudukan SPRM sebagai badan bebas.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2021, Azam menjadi perhatian media susulan dakwaan berkait pemilikan saham. Beliau menyangkal sebarang dakwaan salah laku dan disoal oleh tiga jawatankuasa SPRM.

Menteri undang-undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kemudian mengumumkan isu tersebut selesai selepas Suruhanjaya Sekuriti mendapati tidak ada kes terhadap Azam.

BACA:

“Cikgu aku cakap kalau tak cantik kena usaha lebih, bila aku besar baru aku tahu maksud cikgu”.

Sanusi beria nak letak calon Pas jadi MB Selangor, jangan sampai Azmin Ali ‘berdehem’?