Komentar Isu Dimanipulasi Pembangkang Berkenaan Arak

Enakmen dirujuk Exco hendaklah dibaca bersama dengan Enakmen lain, antaranya premis Islam tidak dibenarkan disaji arak di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hendaklah terpakai kepada orang Islam dan perlu dibaca bersama jangan berasingan.

Apa disebut dalam sidang DUN secara umum, kena baca berita kena dan tengok kandungan penuh dalamnya.

Orang bukan Islam dia nak minum dalam premis tertakluk selagimana tak menimbulkan kekacauan atau rusuhan dari perbuatan tersebut.

Peraturan umum tersebut terpakai kepada bukan Islam sahaja, manakala bagi orang Islam tidak terpakai kerana sudah ada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah melarang premis orang Islam berbuat demikian, sekiranya dilanggar, tindakan boleh diambil Jabatan Agama Islam.

Seksyen 18 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang boleh dikenakan terhadap orang Islam yang didapati bersalah terlibat dengan minuman keras.

Kerajaan negeri menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai di setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman terhadap pembeli di bawah umur 18 tahun dan menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid dan tokong, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.

Selain itu, mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan contohnya sehingga 12 tengah malam dan mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di depan premis dan tempat terbuka.

Mohd. Fikri Abd. Rahman
Kanun Kedah