Kluster sivagangga : Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh dihukum

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu dihukum penjara 5 bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap 4 pertuduhan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lepas sehingga mencetuskan kluster Sivagangga.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, pada sesi pertuduhan khas yang diadakan di Hospital Lama Alor Setar di sini, tempat tertuduh dikuarantin selepas didapati positif Covid-19.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/13/kluster-sivagangga-pemilih-restoran-nasi-kandar-salleh-dipenjara-5-bulan-denda-rm12000/

COMMENTS

Wordpress (0)