‘Kluster mahkamah’ sanggup perjudi nasib rakyat, kata Pemuda Pas

‘Kluster mahkamah’ sanggup perjudi nasib rakyat, kata Pemuda Pas

‘Kluster mahkamah’ sanggup perjudi nasib rakyat, kata Pemuda Pas.

Ketika Perikatan Nasional (PN) diasak oleh pembangkang dan Umno, seorang pemimpin Pemuda PAS tampil membela gabungan itu.

Senator Khairil Nizam Khirudin berpendapat apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah langkah mensabotaj rancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat.

kluster

“Mereka yang berada dalam ‘kluster mahkamah’ telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-undang.

“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision (Anda sudah membuat keputusan),” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Kluster mahkamah yang dipetik Khairil Nizam itu merujuk kepada beberapa ahli parlimen Umno yang konsisten mahu agar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Antara pemimpin Umno yang sedang dibicarakan ialah presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Bagaimanapun untuk rekod tidak semua kumpulan terbabit mempunyai kes mahkamah. Antaranya ialah Ahli Parlimen Pengerang yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, dan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Untuk rekod PAS sebelum ini memeterai piagam untuk bersama Umno melalui Muafakat Nasional. Bagaimanapun selepas PN ditubuhkan PAS menyertai gabungan berkenaan dan hubungan mereka dengan Umno mula renggang sejak itu.

Hari ini PAS menyatakan pendirian mereka untuk kekal menyokong PN dan Muhyiddin.

Kata Khairil Nizam dia kekal teguh untuk terus mendukung PN.

Dia yang juga ketua Pemuda PAS Pusat mengakui ada kelemahan yang berlaku namun tidak sekali-kali sanggup meninggalkan “sahabat” yang susah kerana ia bukan amalan yang baik.

“Kepada barisan hadapan dan rakyat, usahlah kalian bimbang dengan polemik yang dicipta kluster mahkamah ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585859

BACA JUGA : Panas !!! Kerajaan PN Johor mungkin tumbang dulu