Kluster baru Covid-19 di Malaysia ada kaitan dengan Itali

Kluster baru Covid-19 di Malaysia ada kaitan dengan Itali

Kementerian Kesihatan mengenal pasti kluster baharu penularan wabak COVID-19 membabitkan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikesan berlaku di Sarawak sehingga mengakibatkan kematian sebanyak lima mangsa.

Menurut beliau, kluster itu berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

“Kluster berkenaan berpunca daripada pesakit ke-1,580 dan dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 180 negara di seluruh dunia yang terjejas akibat jangkitan COVID-19. Justeru, sememangnya wujud risiko bagi kes-kes COVID-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan di dalam negara,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Noor Hisham meminta semua pihak untuk bersikap jujur selain memberikan maklumat lengkap sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19.

Tegasnya, maklumat berkaitan perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan kementerian sebagai berkait rapat dengan jangkitan COVID-19, tidak wajar disembunyikan daripada petugas kesihatan.

“Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

Berita Penuh :http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-kenal-pasti-kluster-baharu-covid-19-236893