KKM tegaskan tiada lagi kematian berpunca dari vaksin Covid-19

KKM tegaskan tiada lagi kematian berpunca dari vaksin Covid-19. Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan tiada satu kes kematian selepas vaksinasi Covid-19 berpunca daripada vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semua keputusan yang diputuskan adalah berpandukan kepada siasatan teknikal, saintifik dan klinik.

Katanya, pihak kementerian mengakui terdapat banyak laporan secara rasmi atau laporan melalui media tetapi sebenarnya tidak dibuat melalui saluran rasmi.

KKM tegaskan tiada lagi kematian berpunca dari vaksin Covid-19

“Saya mahu tegaskan melalui data KKM, setiap hari terdapat 90 hingga 120 kes strok berlaku sebelum pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 maka jumlah itu menjadi penanda aras bagi penyakit itu.

“Apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, sudah pasti ada kes strok yang sebenarnya tiada kaitan dengan vaksinasi kerana KKM sudah ada penanda aras,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, apabila sesuatu kesan serius berlaku selepas vaksinasi maka sangatlah penting, siasatan dilakukan melibatkan bedah siasat, analisas makmal melibatkan sampel tisu dan darah.

Katanya, apabila siasatan dibuat maka sesuatu punca itu dapat dikenal pasti sama ada ia akibat vaksin ataupun perkara lain.

“Atas faktor ini jugalah, sesiapa sahaja tidak bolehlah mendakwa seseorang itu mengalami strok kerana vaksinasi.

“Kami di kementerian sangat bersimpati dengan pelbagai video yang ditularkan dengan pelbagai dakwaan tetapi dengan siasatan, kita akan tahu puncanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tonton:

Baca:

Cara suami ini bahagiakan isteri sendiri walaupun berkereta buruk dipuji

Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun

Tergamam keluarga ini bila kucing peliharaanya bawa masuk ular berkepala dua dalam rumah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)