YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia menyampaikan ucapan sempena Program Mencapai Harapan Membanteras Kanser Serviks di Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahamanan antara Universiti Malaya dan Victorian Cytology Service (VCS) Foundation, Australia pada 14 Januari 2019 di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Kajian mendapati kanser serviks adalah kanser ke 2 yang paling kerap berlaku di kalangan wanita berumur 15- 44 tahun di Malaysia. Kos rawatannya juga tinggi dan membebankan ekonomi keluarga. Sejajar dengan itu, kerajaan akan berusaha untuk menyaring 70% wanita yang layak antara 35 dan 45 tahun dengan ujian HPV dan menawarkan kaedah rawatan yang sesuai.
KKM juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kanser Kebangsaan 2016-2020 yang memberi menekankan komitmen kementerian terhadap pencegahan dan kawalan kanser termasuk menjalankan lebih banyak kempen kesedaran, pencegahan, pengesanan awal, rawatan segera, pemulihan dan penjagaan paliatif.
Majlis perasmian tadi disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Sekalung tahniah kepada Universiti Malaya dan Victoria Cytology Services Foundation, Australia serta semua pihak yang terlibat atas kejayaan merintis projek ini.
Sumber Barita : https://www.facebook.com/Drdzulfanpage/