KKM lancar laman web baru lagi berkaitan Covid-19

KKM lancar laman web baru lagi berkaitan Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melancarkan laman web baharu bagi memaklumkan data harian terkini Covid-19 bermula jam 6 petang ini.

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, laman web baru itu dinamakan COVIDNOW dan orang ramai boleh melayarinya di https://covidnow.moh.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat berkaitan Covid-19.

Tambahnya, laman web tersebut akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat umum.

KKM

“Usaha membangunkan laman ini mengambil masa beberapa bulan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang telah bekerja keras membangunkannya,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/09/kkm-lancar-laman-web-baharu-lebih-mudah-difahami/

BACA: Kes cukai : Permohonan Najib ditolak Mahkamah Tinggi