KKM kesan 43 kes melibatkan varian Delta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 43 kes varian baharu virus SAR-CoV-2 yang kesemuanya adalah varian membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 43 kes varian baharu itu.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 710 kes.

KKM kesan 43 kes melibatkan varian Delta

“Daripada jumlah yang dikesan itu, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743645/43-kes-varian-delta-dikesan

BACA JUGA : Panas !!! Ulama Pas memulakan serangan terbuka terhadap Pemimpin Umno