KKM kesan 265 kes varian Delta dalam 2 minggu

KKM kesan 265 kes varian Delta dalam 2 minggu.Sejumlah 265 kes melibatkan varian Delta Covid-19 dikesan sejak dua minggu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Varian Delta mempunyai kadar keberjangkitan lebih tinggi berbanding virus asal yang mencetuskan wabak, tahun lalu. Terbaru, ia dilaporkan varian dominan di Sarawak.

Dalam hantaran di Facebook beliau berkata, kes terbaru ini membawa jumlah jangkitan keseluruhan melibatkan ‘variants of concern’ (VOC) dan ‘variants of interest’ kepada 1,221.

KKM

Daripada jumlah itu, 1,201 adalah VOC manakala 20 lagi VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha, manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/01/265-kes-varian-delta-dalam-2-minggu/

BACA: 20 ribu batang rokok untuk kegunaan sepasang suami isteri