KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat

Kaedah pemberian vaksin campuran atau ‘heterologus vaccination’ disahkan selamat dan berkesan.

Kementerian Kesihatan (KKM), berkata dos penggalak adalah bagi mereka yang mana dos kedua sudah mencukupi, tetapi dalam beberapa bulan, tindak balas imun mereka mula menurun.

“Dengan dua dos lengkap dan satu dos penggalak, tempoh perlindungan dapat dipertingkatkan ke tahap optimum,” katanya di Facebook rasminya.

KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman bergambar selepas menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil hari ini

KKM berkata, bermula 22 Oktober lalu secara berfasa di seluruh negara, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada warga emas yang sudah terima dos lengkap vaksin Sinovac.

“Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas diberi keutamaan untuk dos penggalak. Setakat ini, hanya vaksin Corminaty keluaran Pfizer diluluskan untuk dos penggalak.

“Warga emas yang layak akan mendapat tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dan sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya.

KKM berkata, suntikan boleh diambil di klinik swasta atau Pusat Pemberian Vakisn (PPV) yang dikendalikan pengamal perubatan swasta yang dilantik KKM dan berdekatan tempat tinggal mengikut pendaftaran alamat di MySejahtera,” katanya.

Laman Facebook KKM itu turut berkongsi gambar Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang menerima dos penggalak di PPV Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

BACA JUGA : Panas !!! Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman
Arab Saudi anjur pesta besar-besaran, Pitbull jadi artis undangan

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : KKM beri jaminan vaksin campuran untuk dos penggalak selamat […]