KJ gempak je lebih, kerja gagal – Netizen

KJ gempak je lebih, kerja gagal – Netizen

KJ gempak je lebih, kerja gagal

Aku tak tahu apa pandangan korang tentang program imunisasi Covid-19, tapi secara peribadi bagi aku program ini berterabur dan Khairy Jamaluddin memang flop. Big time. Tanggapan ini terbukti betul bila semalam satu hospital swasta di Batu Pahat terpaksa keluar notis mereka masih belum terima bekalan vaksin dari kerajaan sehari sebelum mereka dijadualkan untuk cucuk vaksin. Hanya selepas CEO hospital tersebut pulun kerja sepanjang malam, barulah bekalan dapat secure.

Cerita hospital swasta Batu Pahat ini salah satu je dari bermacam lagi kisah huru-hara vaksin ni. Jangan kita lupa macam mana rakyat berebut nak daftar untuk vaksin AstraZeneca sampai kena guna handphone, tablet, laptop, desktop dan entah apa benda lagi. Lepas tu sistem pendaftaran tu pula tak boleh harap dan bodoh nak mampus.

MySejahtera pun sama. Nak vaksin, kena daftar guna MySejahtera. Lepas tu timbul cerita ada yang duduk Johor, kena cucuk vaksin di Sabah. Ada yang setiap hari check MySejahtera tapi tak ada tarikh janjitemu, sekali bila dah ada tarikhnya pula dah lepas 2 minggu sudah. Ada yang daftar tersilap nombor Mykad, tapi sistem MySejahtera bagi tarikh janjitemu cuma masalahnya bila dah datang, kena suruh balik sebab nombor Mykad tak betul.

Aku sendiri dah daftar dari bulan Februari, sampai ke sudah masih belum dapat tarikh. Dalam keluarga, hanya isteri sahaja yang sudah dapat 1 dos vaksin itupun sebab dia berebut untuk AstraZeneca. Keluarga sebelah isteri, ada yang sudah cucuk dan sekali lagi itupun sebab daftar AstraZeneca. Keluarga sebelah aku pula, hanya mak aku yang dah dapat vaksin Pfizer.

Mak aku warga emas, dalam erti kata lain mak aku tersenarai sebagai penerima vaksin fasa kedua. Tapi adakah mak aku dapat janjitemu vaksin melalui MySejahtera? Tidak. Orang tua tu sebenarnya fed-up tunggu lama sangat dia terus langgar ke PPV dan tanya pegawai kat situ, “ada ke vaksin lebih untuk makcik?”

Nasib baik mak aku ada kenderaan dan keupayaan untuk pergi langgar sendiri dan minta vaksin. Tapi bagaimana dengan orang tua lain, warga emas lain yang tiada kenderaan atau keupayaan untuk pergi dan tanya tentang vaksin mereka? Itu yang jadi beribu warga emas gagal hadir janjitemu vaksin mereka. Sama ada sebab tiada kenderaan, tiada keupayaan atau tak tahu pun ada janjitemu vaksin.

Sebab itu aku dah tegaskan lama lagi, kaedah PPV mega dan daftar guna MySejahtera ini bukan caranya. Yang patut dibuat ialah vaksin klinik ke klinik, dewan ke dewan, masjid ke masjid atau rumah ke rumah. Masuk ke ceruk seperti mana kerajaan dulu bagi vaksin untuk polio dan sebagainya. Satu lagi, tak perlu suruh rakyat daftar di MySejahtera yang tak boleh harap tu. Cukup bawa Mykad reader, suruh cucuk Mykad masa nak cucuk vaksin dan daftar masa tu juga. Macam di Sarawak.

Tapi itulah, KJ menantu Pak Lah ni suka nak bagi nampak gempak dalam buat kerja, walaupun in the end kerjanya tak deliver. Sekarang bila dah tunggang langgang, dia mula petik hal vaksin kena bolot dengan negara maju. Walhal dulu dia dan kerajaan juga yang cakap bekalan vaksin mencukupi, tak perlu risau tak perlu gusar.

Yang paling celaka sekarang, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang asalnya tiga fasa, dah jadi entah berapa fasa. Tiba-tiba ada Fasa 4 untuk pekerja kilang, yang membuatkan kita semua yang belum vaksin menyesal habis SPM hari tu tak terus kerja kilang je. Belum reda hal pekerja kilang, dah timbul pula fasa entah ke berapa untuk pelajar sekolah yang nak periksa. Terus aku rasa macam nak ambil SPM tahun ni supaya senang dapat vaksin.

Bukan aku seorang sahaja yang rasa KJ gagal. Sultan Selangor dah tegur pun tentang isu agihan vaksin tidak adil. Terkini, Sultan Johor pula tegur proses vaksinasi yang sangat perlahan. Tapi iyalah, apalah kita nak harapkan dari KJ yang satu masa dahulu bila dia jadi Menteri Belia dan Sukan, pernah print bendera Indonesia terbalik dalam buku cenderhati Sukan SEA 2017. Jangan ingat rakyat lupa.

Sumber: