Kisah ‘Ostat’ liat nak bayar hutang masjid, nak lapor ke Nik Aziz baru bayar…

Kisah ‘Ostat’ liat nak bayar hutang masjid, nak lapor ke Nik Aziz baru bayar…

Masjid kami kaya dan AJK Masjid selalu memikirkan cara nak belanja duit derma yang diterima beribu-ribu ringgit setiap kali solat jumaat.

Akhirnya AJK Masjid bersetuju untuk buat dana pinjaman tanpa interest kepada ahli qariah yang memerlukan wang kecemasan. Bayaran balik pula fleksi.

Apa lagi, ramai lah yang pohon kerana kecemasan. Kecemasan nak beli laptop. Kecemasan perbelanjaan anak masuk Universiti. Kecemasan nak bayar hutang. Kecemasan anak masuk sekolah. Kecemasan nak sambung belajar.

Berbagai 1001 kecemasan kerana sangat mudah mendapat wang pinjaman dari masjid tanpa kolateral dan tanpa penjamin.

Tetapi sedihnya, tak ramai yang beringat nak bayar balik pinjaman.

Akhirnya AJK Masjid terpaksa melantik komiti mengutip hutang pula.

Apabila mereka mengetahui saya dan isteri mempunyai urusan ke Kelantan, AJK meminta kami tolong kutip hutang dari seorang jemaah yang sudah berpindah ke sana. Hutangnya RM5k dan tak pernah dilunaskan.

Berpandukan alamat kami dapat menjejaki beliau disebuah kampong tidak jauh dari KB.

Setelah berjumpa beliau, kami diminta datang esoknya untuk mengutip hutang tersebut.

Esoknya kami kerumah beliau pada waktu yang ditetapkan. Tunggu punya tunggu, tiada siapa di rumah. Setelah menunggu sejam, kami beredar. Esoknya kami kembali lagi dan menunggu beliau.

Akhirnya isteri beliau keluar dari rumah.

“Ostat tiada rumah kerana ada urusan di tempat lain” kata isteri beliau.

Kami dah jangka bahawa beliau cuba lari dari kami dan liat mahu bayar hutang.

“Gini lah, beritahu ostat kalau beliau tidak mahu bayar hutang masjid, kami akan lapur pada Tuan Guru Nik Aziz”, kata saya.

Pada masa itu TGNA adalah MB Kelantan.

Saya beri nombor telefon kepada isteri ostat untuk hubungi saya.

Esoknya saya dapat call dari ostat bahawa beliau sudah bayar kepada masjid kami, duit hutang tersebut. Alhamdullah.

Adakah kami akan repot pada TGNA jika hutang tersebut tidak dilunaskan oleh ostat?

Sudah tentu kerana kami ada kabel terus pada beliau.

Sumber :