Kisah ‘mangkok’ dalam kabinet berharga RM 42 juta setahun

Sebuah mangkok purata kos maintenannya RM50k sebulan (spt kata Dr. Muhammed Abdul Khalid). Tak termasuk side costs yang macam-macam lagi tu..

Dalam kabinet paling besar di dunia tu ada 70 biji mangkok. RM50k x 70 = RM3.5 juta sebulan. Kos setahun untuk simpan mangkok-mangkok hiasan tu ialah RM42 juta.

Dalam keadaan ekonomi bejat, musibat Covid19 makin tenat, rakyat sesak.. mangkok-mangkok itu tetap gemuk berkilat makan duit rakyat tiap bulan tanpa menampakkan kesungguhan untuk membela rakyat. Ada la sikit tunjuk muka pi bantu mangsa banjir.. buat kerja yang NGO kampung pun boleh buat.

Kerana mangkok-mangkok tak berguna itu, nama negara kita busuk. Pelabur-pelabur besar seperti Sony, Hyundai dan banyak lagi melarikan pelaburan mereka ke negara-negara jiran. Sebab apa mereka lari? Bukan sebab Covid19, sebab negara jiran seperti Indonesia tu, kes Covid19 lebih parah.

Maka korang rasa sebab apa mereka lari? Sebab mangkok-mangkok tak guna itulah! Semua mangkok itu hanyalah pak angguk kepada ketua mangkok yang sudah tiada integriti dan tiada kepercayaan majoriti.

Mangkok-mangkok itu tak kan reti bahasa pendapatan bekas para pekerja di kilang-kilang syarikat itu hilang sekelip mata.

Dah setahun, baru timbalan ketua mangkok nak sebut satu pendapatan hilang akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 4 ahli keluarga! Memang mangkok tak guna la kan..? –FB

COMMENTS

Wordpress (0)