Kisah buluh lemang kahak lebai

Kisah buluh lemang kahak lebai

PAS adalah parti politik. Parti politik bukan agama. Parti politik macam PAS boleh berubah. Ada masa dia boleh jadi khadam DAP. Ada masa dia boleh kafirkan Umno. Ada masa dia boleh pula jadi perempuan simpanan Umno. Ada masa dia boleh jadi pelacur politik murahan untuk siapa sahaja mendapatkan kuasa. Ada masa dia boleh jadi khadam siapa saja, dan dia boleh juga panggil siapa sahaja sebagai khadam.

Ada masa dia sokong Syiah dan ada masa dia benci Syiah. Ada masa dia boleh mengisytiharkan jihad lawan Kristian. Ada masa dia boleh kempen sokong parti Kristian di Sabah.

Ada masa dia menentang tanaman buluh, ada masa dia promosi buluh. Ada masa dia kata wajib sokong DAP, ada masa dia kata haram undi DAP. Anda masa dia kata haram undi calon bukan Islam, ada kala dia kata wajib undi bukan Islam.

Ada kala dia kata hudud boleh ditangguh, ada masa dia kata hudud tak boleh ditangguh lagi.

Ada ketika dia marah lantikan politik dalam GLC, ada masa dia yang agih jawatan GLC pada pemimpin politik.

Ada masa dia bagitau kalau nak tukar PM kena buat usul di parlimen, ada masa dia bersekongkol boleh tukar PM tanpa sidang parlimen.

Jadi … kesimpulannya, PAS adalah parti sama macam parti-parti politik yang lain, malah dalam banyak segi jauh lebih buruk dari parti-parti politik lain.

Bila dia pakai jubah, dia kata Allah suruh dia pakai jubah. Bila dia telanjang, dia kata Allah suruh dia telanjang. Bila dia bohong, dia kata Allah suruh dia bohong. Bila dia khianat, dia kata Allah suruh dia khianat.

Orang-orang dari parti lain pun ada juga yang pakai jubah, ada juga yang telanjang, ada juga yang bohong, ada juga yang khianat .., tapi mereka tak berani kata Allah yang suruh mereka lakukan itu semua.

Alkisahnyer!!!

Sumber :