Khidmat polis pengiring Najib kekal hingga rayuan mahkamah selesai

Meskipun bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak disabitkan kesalahan di mahkamah, khidmat pengiring polis bagi bekas perdana menteri itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media, hari ini.

Khidmat polis pengiring Najib kekal hingga rayuan mahkamah selesai

Acryl Sani

“Bagi mana-mana bekas perdana menteri yang sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka sehingga proses rayuan dimuktamadkan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, bagi mana-mana bekas Perdana Menteri yang sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah

“Sejak akhir-akhir ini, polis mengesan beberapa pihak yang mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas PM.

“Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas Perdana Menteri disediakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta 237 Ahli Parlimen (Saraan) 1980,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA : Seorang lagi rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura
Tutup kedai nombor ekor, 2 pemimpin Pas persoal wartawan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Khidmat polis pengiring Najib kekal hingga rayuan mahkamah selesai […]