’Khemah Besar’ adalah idea Amanah, Mat Sabu tampil beri penjelasan. Parti Amanah Negara AMANAH menghormati dan meraikan perbezaan pandangan pelbagai pihak mengenai pendekatan Khemah Besar sebagai satu pendekatan politik Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Namun, kefahaman yang tepat berhubung pendekatan Khemah besar yang dianjur AMANAH adalah perlu sebelum satu perbincangan bermakna dapat diadakan AMANAH ingin mengulangi penegasan bahawa Khemah Besar yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bogi menghadapi PRU ke-15.
Pendekatan Khemah Besar tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan sama ada UMNO, PPBM atau PAS. Tidak mungkin PH akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas telah mengkhianat amanah dan mandat rakyat.
Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama PPBM dan PN sebab tawaran – tawaran yang dibuat pada ketika Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat Sepertimana tidak wajar kita anggap PKR sebagal parti pengkhianat atas sebab Timbalan Presidennya dan belasan ahli Parlimennya melompat, begitu juga adalah tidak wajar kita namakan PEJUANG, WARISAN dan MUDA sebagai pengkhianat atas sebab pengkhianatan Mahaddin dan PPBM.
Sebagai porti politik yang ingin menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan mengusahakan kemenangan dalam PRU ke-15. persoalan menyatukan pembangkang adalah amal perlu. ke arah in AMANAH akan berusaha memperbanyakkan kawan demi menghadapi lawan yang sama iaitu BN dan juga PN. Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU ke-15 tidak akan dimenangi usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah ada ah jauh lebih mudah dari berjuang untuk menang
MOHAMAD BIN SABU
Presiden Parti Amanah Negara
BACA:
Kecoh dakwaan Siti Bainun ada kaitan dengan Tun Mahathir, lelaki ini beri penjelasan
Cara daftar laptop percuma khas untuk mahasiswa, rebut sebelum terlambat