Khayal hisap gam tengah jalan, lelaki hayun papan tanda hampir cetus kemalangan

Seorang penghidu gam tegar bertindak membahayakan pengguna jalan raya di Bakar Arang, Sungai Petani, selepas membaling papan tanda sehingga nyaris mengakibatkan nahas membabitkan sebuah motosikal.

Dalam kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, penunggang motosikal berkenaan bernasib baik kerana sempat mengelak daripada terkena papan tanda itu.

Khayal hisap gam tengah jalan, lelaki hayun papan tanda hampir cetus kemalangan

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan aksi lelaki berbaju oren serta berkain pelikat membawa besi papan tanda ke tengah jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata pihaknya mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian terbabit, namun suspek didapati sudah menghilangkan diri ketika polis tiba di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek adalah seorang penghidu gam tegar dan dia sudah tiada sebaik polis tiba.

“Kita masih mengesan lelaki terbabit dan meminta orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat atau terlihat suspek,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Perbuatan lelaki itu sempat dirakam pengguna jalan raya dan tular di media sosial.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan aksi lelaki berbaju oren serta berkain pelikat membawa besi papan tanda ke tengah jalan.

Tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain, lelaki terbabit dilihat cuba menghayun papan tanda berkenaan ke arah van.

Bagaimanapun, dia yang menyedari ada penunggang motosikal melalui jalan terbabit berpaling dan melontarkan papan tanda ke arah mangsa.

Penunggang motosikal itu bagaimanapun bernasib baik kerana dia sempat mengelak dengan menunduk kepala sebelum terus berlalu pergi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/28/penghidu-gam-buat-onar-hayun-papan-tanda-ke-arah-kenderaan/

BACA JUGA : Panas !!! Blogger dedah kabinet Ismail dapat ‘blessing’ Najib