Khalid anggap SOP Kuarantin MKN setelah pulang dari Sabah mengelirukan

Khalid anggap SOP Kuarantin MKN setelah pulang dari Sabah mengelirukan

Saya telah berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 21-24 September 2020.

Pihak Kerajaan mewajibkan ujian Covid 19 dan kuarantin kendiri sehingga menerima keputusan ujian bagi mereka yang pulang dari Sabah mulai 27 September 2020. Oleh itu saya tidak melakukan ujian Covid 19 atau kuarantin kerana saya pulang dari Sabah pada 24 September 2020.

Namun demikian pada 29 September 2020, pihak Selangor Task Force Covid-19 (STFC) telah menasihatkan supaya mereka yang pulang dari Sabah bermula 20 September 2020 menjalani ujian Covid-19. Oleh itu saya telah mula mengurangkan pergerakan saya.

Seterusnya saya telah menjalani ujian Covid 19 pada Khamis, 1 Oktober 2020 di PPUM. Setelah menjalani ujian tersebut saya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut SOP sebaik mungkin.

Alhamdulillah ujian Covid-19 yang saya jalani pada 1hb Oktober adalah negatif. Namun demikian saya terus mengurangkan pergerakan dan terus mematuhi peraturan yang ada.

Hari ini adalah hari ke-15 saya pulang dari Sabah dan Alhamdulillah keadaan kesihatan saya adalah baik.

Kelmarin hari-14 saya pulang dari Sabah, saya telah menjalani ujian Covid-19 untuk kali kedua atas pilihan sendiri bagi memastikan saya bebas dari Covid-19.

Hasil keputusan ujian kedua saya yang diterima pada hari ini adalah negatif.

Suka saya nyatakan di sini bahawa cara Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengendalikan isu kuarantin setelah pulang dari Sabah sangat mengelirukan.

Ia telah menyebabkan banyak kekeliruan berlaku kepada orang ramai dan ini sangat tidak wajar berlaku.

Saya mendoakan agar semua yang dijangkiti Covid-19 akan segera sembuh. Saya juga berharap kita semua dapat sama-sama patuh pada arahan dan nasihat KKP dan mudah2an negara kita akn selamat dari Covid-19 segera.

Sumber :

Saya telah berada di Kota Kinabalu, Sabah pd 21-24 September 2020. Pihak Kerajaan mewajibkan ujian Covid 19 dan…

Posted by Khalid Samad on Friday, October 9, 2020

COMMENTS