Khairy menteri yang kuat meroyan, kata Najib

Khairy menteri yang kuat meroyan, kata Najib

Sensitip betul, Menteri ini.

Rakyat Malaysia dan saya mempersoalkan kadar vaksinasi yang rendah sekarang tapi dia jawab jangan tengok kadar sekarang tapi tengok kadar masa datang yang akan meningkat.

Setiap kali saya persoalkan kadar vaksinasi rendah dan minta dipercepatkan dia akan meroyan.

Misalnya pada 18 Mac, saya tunjukkan kadar vaksinasi Malaysia masih rendah walaupun program sudah bermula hampir sebulan, dia jawab pula bahawa kadar kita lebih laju berbanding Singapura dan negara-negara lain seperti Thailand, Korea Selatan, Filipina, Jepun dan Australia pun belum mulakan program vaksinasi.

Lalu dia kata “Persoal vaksinasi rendah, tetapi Najib sendiri tak ikut janji temu suntikan vaksin” walaupun saya tak faham apa kaitan saya belum ambil vaksin dengan kadar vaksinasi yang rendah ketika itu.

https://www.astroawani.com/…/persoal-vaksinasi-rendah…

Tapi saya tengok dua bulan kemudian bahawa negara-negara yang disebut dia telah memberi lebih banyak dos vaksin berbanding Malaysia.
Lalu dia suruh kita tunggu fasa 3:

“Sasar 150,000 suntikan vaksin fasa ketiga – KJ”

https://www.bharian.com.my/…/sasar-150000-suntikan…

“Vaksin COVID-19: PPV berskala besar untuk fasa ketiga vaksinasi – KJ”
https://www.astroawani.com/…/vaksin-covid19-ppv…

Lalu apabila tiba masa yang dijadualkan fasa 3 untuk bermula pada bulan Mei ini, dia jawab:

“Bekalan vaksin mungkin tak cukup untuk Fasa 3 mula seperti dirancang, kata Khairy”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/bekalan-vaksin…/

Lalu kata: “Bekalan vaksin rendah, akan lebih stabil mulai Jun – Khairy”
https://www.astroawani.com/…/bekalan-vaksin-rendah-akan…

Akhirnya beberapa hari lepas dia kata “bekalan lebih stabil tangguh dari bulan Jun ke bulan Julai

“Mass Covid-19 Vaccine Supply Delayed To July Amid Worsening Epidemic”
https://codeblue.galencentre.org/…/mass-covid-19…/

Program vaksinasi ini amat penting agar negara Malaysia capai imuniti kelompok secepat mungkin untuk bebas Covid.

Setiap hari ditangguh bermakna lebih nyawa terkorban dan pemulihan ekonomi tidak dapat bermula.

Bajet untuk vaksin juga telah dinaikkan dari RM3 bilion kepada RM5 bilion yang dikorek dari tabung KWAN dibina masa saya PM.

Yang umum jadual, dia.

Yang kata bekalan akan stabil, dia.

Yang janji kadar vaksinasi akan naik, dia.

Yang dua kali umum tertangguh, dia juga.

Tapi marah pula bila orang persoal kenapa kadar vaksinasi masih rendah.

Terutama sekali apabila ramai lihat beberapa negara lain mula bebas dan tarik balik arahan untuk pakai mask. Stadium bola EPL pun dah mula penuh fans.

Sebaliknya kita di Malaysia menghadapi PKP 3.0 dan menjadi juara Covid ASEAN serta top 13 dalam dunia apabila kadar kematian, pesakit dalam ICU dan kes baru Covid pecah rekod hampir tiap-tiap hari.

Sebab itu, ianya hak setiap Rakyat Malaysia termasuk saya untuk mempersoalkan kadar vaksinasi yang masih perlahan ketika ini dan tuntut ianya dipercepatkan.

Sumber: