Kg Keledek yang di gelar “Rusila Pahang” berjaya di tembusi PH

Lagi ahli PAS Kg Keledek, Cameron Highlands menyerahkankan borang keahlian AMANAH kepada Datuk  Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Naib Presiden AMANAH hari ini.

Sdr Abdul Talib menyerahkan borang keahlian AMANAH hari ini beserta 5 lagi rakan-rakanya.

Kg Keledek yang di gelar “Rusila Pahang” merupakan kubu kuat Pas sejak sekian lama.

Dalam beberapa siri pilihanraya umum yg lalu PDM ini dikuasai oleh PAS dengan cemerlang sekali.

Namun sejak PAS berkempen untuk calon BN, terutama Presidennya yang turun membantu calon BN setiap hari penduduk di sini nekad untuk berhijrah menyertai Pakatan Harapan.

Langkah PAS yang menunjukkan kemesraan dengan BN ternyata menimbulkan keraguan pada ahli-ahli bawahannya sendiri. Ramai yang melahirkan kebimbangan langkah yang diambil oleh pimpinan PAS ini kerana selama ini digambarkan PAS mampu bersendirian dan tidak akan bekerjasama dengan UMNO BN.