Ketua Pemuda Bersatu menikus dibawah ngauman MCA

Ketua Pemuda Bersatu menikus dibawah ngauman MCA

Saya tetap dengan kenyataan saya sebelum ini yang merujuk Ketua ARMADA sebagai seorang pemimpin dangkal yang hanya berminat mencari isu bagi mempopularkan diri dalam kalangan ahli² beliau.

Seterusnya, saya mencadangkan agar beliau menemui TSMY, PM8 yang berkuasa serta Menteri Pendidikan yang juga dari Parti Pengkhianat PPBM, Dr Radzi Jidin (dua orang pemimpin yang beliau sendiri akui rapat & mudah mesra ketika berkempen dahulu), bagi membincangkan cara² menutup Sekolah Vernakular secara berperingkat.

Setakat ini, apa yang jelas adalah kemesraan PPBM terhadap Dong Zong, kecenderungan mengiktiraf UEC, kegelojohan membuka lebih byk SJKC/T sementara mengabaikan pengukuhan Sekolah² Kebangsaan daif.

ARMADA pula tidak berani respon kepada Pemuda MCA/ MIC, lebih mudah menyangkal kenyataan Pemuda PH kerana tidak mendatangkan kesan politik melainkan untuk meraihkan populariti sekali lagi dalam kalangan ahli.

NIK FATHURAHMAN

P/S: Dibawah saya sediakan gambar untuk santapan minda.

Sumber :

Baca lagi : Sekolah Vernakular : Ketua Pemuda MCA bidas Wan Fayhsal, anggap mahu raih publisiti murahan

COMMENTS