Ketua Pemuda Amanah dilantik terajui Pemuda PH

Saya mengalu-alukan perlantikan saudara Shazni Munir selaku Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH).

Walaupun ada desakan daripada kepimpinan dan akar umbi AMK untuk saya mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PH, saya memilih untuk tidak memperpanjangkan proses pemilihan untuk kepentingan politik PH.

Fokus saya pada ketika ini adalah untuk memperkukuh dan memperkuat AMK dalam menghadapi PRU 15.

Saya percaya AMK yang kuat akan secara langsung dapat membantu Pakatan Harapan khususnya jentera Pemuda PH.

Justeru saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada saudara Shazni atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pemuda PH yang baharu.

Saya juga menyeru untuk seluruh jentera Pemuda PH daripada semua sayap komponen untuk sama-sama kita memperkukuh kesatuan untuk memastikan Pemuda Harapan muncul sebagai koalisi gerakan pemuda yang kuat dan jitu.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)