Ketua Pembangkang kini setara Menteri

Ketua Pembangkang kini setara Menteri. Anwar Ibrahim hari ini menerima “surat kenaikan status” yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri, seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam hantaran di Facebook, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu Mou itu, menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar membabitkan perkara itu.

ketua

BACA JUGA : Gempar !!! Tular audio ‘Idris dengan PM’, ini penjelasan Idris Haron

Dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat Parlimen, Ismail dan Anwar juga membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan dipersetujui bersama.

“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.

BACA JUGA : Aliran kenderaan masuk Kelantan mula catat peningkatan

Ismail sebelum ini menyatakan, pentadbirannya akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan kesediaan melaksanakan pembaharuan termasuk dalam hal berkaitan Undang-Undang Antilompat Parti, suntikan tambahan dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion, mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/anwar-terima-surat-naik-pangkat-bertaraf-menteri/

Artikel ini disiarkan pada 12/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)