Ketua Menteri gusar gelombang hijau bakal landa Pulau Pinang

Ketua Menteri gusar gelombang hijau bakal landa Pulau Pinang. Kemenangan besar PN di Padang Serai membangkitkan kebimbangan pada PH Pulau Pinang – yang terletak bersebelahan – terhadap “gelombang hijau” yang tidak menunjukkan petanda akan mereda.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meramalkan PH boleh hilang enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, berdasarkan trend yang dilihat dalam PRU15.

Walaupun ia tidak menjejaskan penguasaan PH di Pulau Pinang, Chow dilaporkan berkata pengaruh gabungan itu di negeri itu tidak akan menjadi sekuat dulu.

Baca Artikel Penuh